بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, The Compassionate, The Merciful

السﻼم عليكم

Monday, May 4, 2009

Renungan dari buku La-Tahzan -Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni


Merenunglah dan bersyukurlah


Setiap manusia seharusnya selalu mengigati nikmat yang Allah kurniakan kpd anda.Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga kebawah kedua telapak kaki,kesihatan badan,keamanan negara,hutan belantara,udara dan air serta masih banyak lagi nikmat yang telah diberikan Allah kpd anda. Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kpd anda. Dunia ini,beserta apa yg ada didalamnya telah diciptakan Allah untuk anda tetapi anda tidak pernah menyedarinya,anda telah menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya. Anda telah diberi sepasang mata,satu lidah,dua bibir,dua tangan dan dua kaki. Apakah anda mengira bahawa,berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yg tidak mempunyai kaki?
Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah,padahal masih banyak manusia lain yg kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dgn memejamkan kedua mata,sementara masih banyak manusia lain yg tidak dpt tidur kerana sakit yg menganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yg lazat dan minuman yg dingin,sementara masih banyak org lain yg tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yg mereka derita?
Renungkan lah !!!! betapa besarnya fungsi pendengaran dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian, penglihatan anda terhindar dari kebutaan, dan ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda !
Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yg hina. Apakah anda ingin mengantikan mata anda dgn emas sebesar gunung uhud? Inginkan anda menjual pendegaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana yg menjulang tinggi dgn lidah anda namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dgn butiran2 permata dan berlian tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yg tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan ,anda hidup dalam tidak kepastian dan terperangkap dalam kesidihan,padahal anda masih memiliki roti yg segar untuk di santap,air yg segar untk di teguk, dapat tidur dgn nyenyak dan kesihatan anda yg stabil.

Anda acap kali memikirkan sesuatu yg telah hilang sehingga anda lupa mensyukuri apa yg ada di hadapan anda. anda merasa sedih kerana kekurangan material padahal anda masih memiliki kunci kebahagian,memiliki setumpuk kebaikan,kenikmatan dan masih banyak yg lainnya. Oleh kerana itu,renungkanlah dan bersukurlah !!!!!!

No comments:

Post a Comment

Jom dengar Asma Al Husna

99 Name';s Of Allah - Asma';a Allah Al Husna
Found at bee mp3 search engine

Counter