بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, The Compassionate, The Merciful

السﻼم عليكم

Tuesday, April 28, 2009

mc ari ni....

So ari ni aku mc 2 hari.....sakit tekak and tonsil.....boring sesangat.
Ni nasihat pakar pasal tonsil.....
Terima kasih kerana menggunakan portal kami.

Proses penyembuhan mengambil masa 14 hari ( 2 minggu) samada akibat jangkitan, luka atau penyakit sekiranya anda sihat sebelum ini..Radang akan berkurangan dan sakit akan hilang selepas tempoh tersebut.

Besar kemungkinan tonsil anda masih bengkak dan menyebabkan tekak terganggu dan mengakibatkan batuk. Semuanya akan lega setelah radang reda.

Anda dinasihatkan untuk berkumur dengan air bercampur garam. Jika mahu, boleh dapatkan ubat kekumur di farmasi contoh, Thymol gargle atau Difflam gargle. Kesannya sama sahaja dengan air garam tadi.

Anda juga dinasihat tidak menghisap lozenges seperti dalam iklan kerana perbuatan ini akan meneruskan radang ditekak dan melambatkan proses penyembuhan. Elakkan dari makan (dan minum) makanan pedas atau/ dan panas sehingga sakit reda. Hentikan merokok.

Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami:

Demam berulang.

Sakit bertambah di sebelah tekak sahaja.

Suara menjadi serak.

Nafas sesak atau berbunyi

Diharapkan ini dapat membantu.

Sekian


MyHEALTH

Friday, April 24, 2009

Keluarga Ku....

"Berlakulah sederhana pada sesiapa juga,hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita akan menyenangi"

Keluargaku adalah segalanya bagi ku.....jasa Ibu dan ayah tetap tak terbalas...kerana mu aku menjadi seorang insan....

Keluargaku Sayang. Keluarga adalah tulang belakang seorang aku, yang senantiasa mengharapkan kebahagiaan hidup bersama suami dan keceriaan mengharungi hari-hari mendatang bersama sebuah keluarga yang ceria dan harmoni.

Untuk semua ahli keluargaku.....aku sayang kalian semua....doa ku agar kita sentiasa di lindugi Allah .....

Jom dengar Asma Al Husna

99 Name';s Of Allah - Asma';a Allah Al Husna
Found at bee mp3 search engine

Counter